MAKLUMAT UNTUK IBU BAPA
Privasi keluarga anda
Kami nak anda tahu apa yang berlaku pada maklumat keluarga semasa menggunakan Dunia Mimo. Ini perkara yang penting untuk anda tahu.
Anak boleh main tanpa buat profil
Game tidak meminta anak membuka akaun atau mengisi profil. Markah disimpan dalam browser pada telefon, tablet atau komputer yang digunakan.
Kalau ada sijil, nama anak adalah pilihan. Nama itu diproses pada peranti anda dan tidak dihantar oleh game kepada kami. Sample percuma di sales page pula tidak menyimpan markah.
Markah ikut browser dan peranti
Kalau anda tukar telefon atau browser, markah lama belum boleh dipindahkan secara automatik. Memadam data browser juga boleh memadam markah.
Jika adik-beradik menggunakan browser yang sama, mereka berkongsi rekod permainan. Orang yang menggunakan peranti itu juga mungkin boleh melihat markah dan nama pada sijil.
Maklumat semasa membeli
Apabila pembayaran dibuka melalui CHIP, anda mungkin diminta mengisi maklumat ibu bapa atau penjaga untuk urusan bayaran dan pengesahan pembelian. Gunakan maklumat orang dewasa, bukan maklumat anak.
CHIP mengurus maklumat pembayaran mengikut polisi privasinya. Maklumat pembelian berasingan daripada markah permainan anak.
Apa yang direkodkan semasa laman dibuka?
Penyedia hosting boleh menyimpan rekod teknikal, seperti alamat IP dan fail yang diminta oleh browser. Sesetengah game juga mengambil fon daripada Google Fonts, jadi browser akan berhubung dengan perkhidmatan itu untuk memaparkan tulisan.
Sales page menggunakan Meta Pixel untuk mengukur lawatan, paparan harga, pilihan pakej dan permulaan checkout. Selepas CHIP mengesahkan bayaran, kami menghantar jumlah pembelian kepada Meta untuk mengukur keberkesanan iklan. Meta juga boleh menerima maklumat browser dan peranti mengikut polisi privasinya. Kami tidak menghantar nama anak atau markah game melalui Pixel.
Nak tanya tentang privasi?
Untuk pertanyaan berkaitan pembelian anda, hubungi saluran bantuan dalam pengesahan pembelian. Tak perlu hantar nama, gambar atau maklumat anak untuk mendapatkan bantuan.
Email dan akses ibu bapa
Untuk membuka game yang dibeli, kami menyimpan email ibu bapa atau penjaga, pilihan game, nombor pesanan, status bayaran dan status akses. Nama penuh ibu bapa atau penjaga yang dimasukkan semasa checkout disimpan bersama pesanan untuk memudahkan pembelian dan naik taraf seterusnya, dan dihantar kepada CHIP untuk dipaparkan di halaman pembayaran. Link masuk sekali guna dihantar melalui penyedia email transaksi. Cookie sesi digunakan supaya anda boleh kekal log masuk. Anda boleh log keluar pada bila-bila masa.
Link masuk sah 15 minit. Akses pembelian yang dipulangkan boleh ditutup. Rekod pembelian lain yang masih sah tidak terjejas. Maklumat ini berasingan daripada markah anak yang disimpan dalam browser.
Feedback
Ibu bapa atau penjaga boleh memberi feedback sekali dalam Game Saya. Borang meminta game yang telah dicuba, tiga penilaian dan komen pilihan. Jawapan disimpan bersama nombor pesanan untuk mengelakkan hantar dua kali; paparan feedback pentadbir tidak menunjukkan alamat email. Jika feedback belum diterima selepas kira-kira enam hari daripada pembelian berbayar, kami menghantar satu email peringatan melalui Resend. Jangan masukkan nama atau maklumat peribadi anak.
Permintaan bantuan dan refund
Apabila anda menghantar borang bantuan dalam Game Saya, kami menyimpan email akaun, jenis permintaan, nombor pesanan yang dipilih, mesej, tarikh dan status penyelesaian supaya kami boleh menyemak dan membalas melalui email. Maklumat ini boleh dilihat oleh pentadbir Dunia Mimo. Notifikasi kepada pasukan sokongan dihantar melalui penyedia email transaksi. Jangan sertakan maklumat peribadi anak atau butiran kad pembayaran.